Friday, May 18, 2012

al kuliah 2.0

salam sejahtera & salam jumaat

 

sudah berapa lama kita menikmati penghidupan ini? sudah berapa lama kita masih mampu untuk menghirup udara segar? tetapi berapa lamakah kita telah beribadat? berapa banyakah ibadat wajib yang telah kita lakukan? tahukah ibadat wajib iaitu sembahyang yang kita tunaikan hanya di peruntukan selama 90 minit sehari semalam (mengikut kajian) yang merangkumi dari sOlat subuh hingga ke sOlat Isyak.

 

lagi 1350 minit yang masih berbaki, apa yang kita buat. umtuk rekOd kita ada 1440 minit sehari yang merangkumi 24 jam. kita kata kita sibuk..sibuk kerja, sibuk memandu, sibuk menulis dan macam macam lagi sibuk. tapi kita masih bOleh mengingati Allah. rasanya tiada masalah kalau kita berwirid sambil memandu. apalah salahnya jika kita mengingati Dia? dah la sembahyang tak pernah cukup, kalau cukup pun tak pernah kusyuk seratus peratus.

 

tak bOlehkah kita bangun sekejab di tengah malam untuk sujud kepadaNya? kita rasa sedap diselimuti selimut dan didakapi suami/isteri kita. tahukah kita antara masa dOa dimaqbul atau mustajab adalah sepertiga malam. tak teringinkah kita pada sesuatu seperti rezeki atau kesenangan hidup?

 

ingatlah yang sesungguhnya Allah tak pernah lupa pada kita, sentiasa memberi udara kepada kita untuk bernafas, sentiasa memberi tenaga untuk kita bergerak dan yang paling penting sentiasa menurunkan rezeki kepada kita tanpa mengira agama yang dianuti. sesungguhnya Allah sayang pada kita. tetapi....

 

kita hanya ingat Dia masa kita sakit, hanya ingat Dia masa kita kena ribut. ingat Dia masa melawat Orang sakit. pada masa lain kita lupa padaNya.

 

jadi penuhilah masa kita untuk mengingatiNya kerana Dia tidak pernah lupa pada kita walaupun sesaat.


 

sekian. jumpa lagi minggu hadapan.


ayaq kOsOng kata; menangis beb

Thursday, May 17, 2012

sate seberang jaya

ketagihan untuk menikmati sate berterusan sehingga hari ini...hehehehe. pada 13 mei 2012 kami suami isteri ke seberang jaya untuk mencari sate. setelah berpusing pusing di seberang jaya, akhirnya kami jumpa juga.



terletak di lengkOk tenggiri berhadapan dengan kedai runcit dan kedai telefOn lambang maxis. gerai pacak ini terletak dihadapan dengan kedai makanan berdekatan dengan flat tuna. harga sate dalam rm0.40 secucuk. kuah dia memang Ok. ada rasa. cara masak masih cara lama menggunakan arang. juga dibekalkan timun dan bawang. sesiapa yang menggilai sate bOlehlah mencuba.


 

ayaq kOsOng kata; bOleh try

 

rating; 4 bintang

festival - kOnsert lagenda

kOnsert lagenda akan diadakan di penang internatiOnal spOrt arena[pisa], pulau pinang pada 19 mei 2012 jam 9 malam yang akan menampilkan artis seperti berikut;



  1. suhaimi bin a rahman [amy search]

  2. jamal ubaidillah bin ali [jamal abdillah]

  3. shaheila binti abd majid [datO' sheila majid]

  4. zainalabidin bin mOhamed [zainal abidin]

semua Otai ni. datanglah beramai ramai ke pisa pada sabtu ni. harga tiket rm50.00. murah beb. yang teringin nak tengok Otai-Otai ni datang ye. aku ada la dalam 4 tiket. kalau mau pm aku di facebOOk aku. heheheheheh...


 

ayaq kOsOng kata; kena tengOk ni...rugi kalau tak tengOk

Wednesday, May 16, 2012

seri muka dan kuih talam

minggu lalu pada 13 mei 2012 aku ke merbOk untuk hantarkan anak aku balik ke mrsm merbOk. laluan yang diambil adalah melalui jalan ke singkir kedah dan melalui jambatan singkir. sebaik saja melepasi jambatan singkir yang ada medan ikan bakar itu, arah ke merbOk kedah, ada la satu gerai pacak yang menjual kuih seri muka dan kuih talam.



hanya jual kuih seri muka dan kuih talam. memang sedap harga pun murah dalam RM1.50 saja satu pek. dan menurut pakcik tu selalunya sebanyak 200 pek berjaya dijual dalam sehari. rasa kuih ni sedikit manis tapi bolehlah untuk makan dan yang penting sedap dan murah.






ayaq kOsOng kata; kalau lalu mesti beli punya

 

rating; 3 bintang

festival - hari cikgu

selamat meyambut hari guru tahun 2012. juga kepada isteri ku yang seOrang guru.





ayaq kOsOng kata; teringat kat cikgu aku...