ketika dilahirkan, kau sekadar dialunkan dengan azan, tidak disembahyangkan. ketika aku datang, kau tidak lagi diazankan. tetapi disembahyangkan.
ketika dilahirkan, kau disiram, dimandi dan dibersihkan. sama juga ketika aku datang. kau tetap disiram, dimandikan dan dibersihkan.
ketika dilahirkan, mereka akan membalut tubuhmu dengan persalinan baru. begitu juga takkala aku datang. akan mereka pakaikan persalinan baru menutupi setiap inci tubuhmu.
ketika dilahirkan, kau menangis memecah keheningan. begitu juga ketika aku datang. suasana akan diselubungi dengan tangisan.
ketika dilahirkan, dahi engkau menerima kucupan pertama. dan bila aku datang, dahimu akan dikucup buat kali terakhir.
ketika dilahirkan. engkau menerima kunjungan ramai dengan salam ucapan kegembiraan. dan bila aku datang ramai kunjungan akan tiba namun dengan salam kesedihan.
ketika dilahirkan engkau hanya sehelai sepinggang tidak berharta. bila ku datang segala harta yang kau ada akan ditinggalkan menjadikan kau sehelai sepinggang semula.
ketika dilahirkan, engkau dikendOng kerana belum mampu berjalan. tatkala aku datang, engkau akan diusung kerana tidak lagi bOleh berjalan.
ketika dilahirkan, mereka di sekelilingmu akan melakukan segala-galanya kerana engkau kecil tidak berdaya. bila aku datang meraka akan melakukan segala-galanya kerana engkau sudah tiada keupayaan.
ketika aku datang, akan kubawa kau ke tempat yang sempit dan gelap. samalah sebelum engkau dilahirkan. berada di ruang yang gelap dan sempit dalam rahim ibumu.
tiada bezanya saat engkau dilahirkan dan ketika aku datang bertemumu. yang berlainan hanyalah bekalan yang dibawa untuk bersama aku, ada bekalnya banyak. gembiralah dia mengikutku. ada bekalnya sedikit. gusarlah ia menurutiku. ada yang tiada bekalan langsung. menggigillah dia ketakutan bersamaku.
hati-hatilah engkau. datangku tak kenal waktu. tibaku tak kenal usia. pastikan bekalan engkau cukup tika aku tiba, sewaktu aku, mematian datang menjemputmu.
(sekadar hiasan)