minggu lepas adik aku teringin untuk menikmati pasembOr aka rOjak penang. bila dah sampai di penang ni, dia terus mencadangkan kepada aku. jadi aku telah memilih dua kedai untuk membuat perbandingan pasembOr mana yang lebih sedap.
kedai pertama adalah mee nOOr pOkOk cheri [klik sini]. harga pasembOr di kedai ini adalah rm3.00 tanpa sOtOng, kalau dengan sOtOng adalah rm4.00.
pasembOr mee nOOr pOkOk cheri
pasembOr dari mee nOOr pOkOk cheri lebih sedap kerana ada sOtOng la. dan cara penyediannya lebih kepada cara mamak. kuah dia pulak lebih pekat dan terasa kacang dan gabungan rempah. pedas sedikit dan bila digaul sekali terasa gabungan bahan pasembOr dengan kuah dia.
pasembOr mee sOtOngn pOkOk cheri
bagi pasembOr mee sOtOngn pOkOk cheri yang terletak di laluan utama jalan bagan luar, butterwOrth, bahan pasembOr adalah biasa biasa saja. kuah dia pulak terlalu cair. dan bila dicampur sekali terasa ada kurang dalam pasembOr. walau pun harga murah iaitu rm3.50 termasuk sOtOng tetapi masih ada kurangnya terutama kuah dia. bagi yang suka makanan yang kurang pedas. pasembOr mee sOtOng pOkOk cheri memang sesuai.
Kesimpulannya aku lebih suka pada pasembOr mee nOOr pOkOk cheri kerana mengekalkan rasa mamak. perlu di ingat pasembOr adalah rOjak penang stail mamak yang mana ini merupakan makanan petang yang dicampur pelbagai kuih cucuk udang, kerOpOk, sOtOng dan sayur sayuran.
ayaq kOsOng kata; aku suka pasembor mee nOOr pOkOk cheri.
No comments:
Post a Comment