restaurant qasar hadramawt
minggu lepas pada 10 mei 2012, aku sekeluarga telah singgah di restaurant qasar hadramawt untuk siri jelajahi makanan arab.
restaurant qasar hadramawt terletak di bandar perda seberang jaya di daerah seberang perai tengah. terletak di kawasan pusat niaga rOundevOur perda. berdekatan dengan restauran kapitan yang terkenal dengan nasi beryani kambingnya.
aku dan family sampai dalam pukul 8.15 malam. pelanggan masih kurang. dalam masa 15 minit pelanggan lain mula memenuhi restOran. suasana best. tempat untuk lepak best ni... dicadangkan kepada geng geng kelab kereta dan mOtOr besar untuk lepak kat sini. bila dah duduk mula la nak Order. aku pun mula la Order. kami Order chicken mandy, lamb kabsa 1/2 kg, muttabel, Oqda chicken dan fahsa. untuk minuman kami telah memesan arabic tea, vimto, yemen tea dan barbican. aiq kOsOng tak lupa mesti Order.
makanan dia Ok. tetapi pOtion dia terlalu besar dan sesuai untuk dimakan oleh 2 Orang. bagi yang memesan makanan bersama daging kambing/ayam yang 1/2 kg atau pun 1 k/g boleh dikOngsi sehingga 5 Orang. nasi dia sangat bagus bagi yang ingin diet kerana menggunakan beras panjang, beras yang kurang kandungan kanji didalamnya.
secara keseluruhannya. servis kurang baik sikit sebab pelayannya orang yemen dan kurang mesra pengunjung yang mana kalau kita minta tambahan Order mula tarik muka. tempatnya cantik, hiasan ala arab dan sesuai untuk yang suka relax sambil makan dan sambil menyembang serta bergOsip...hehehehe
dari segi harga ia agak murah berbanding dengan restOran arab yang lain terutama di sebelah pulau. malam tu aku rabak dalam RM110.00 sahaja, kira Ok la untuk makanan bagi 6 Orang sekeluarga. sampai terbungkang tak bOleh bangun. restOran ni juga ada menyediakan sishah yang harganya dalam RM12.00.
ayaq kOsOng kata; best lama tak kena kambing....
rating; 3 1/2 bintang
No comments:
Post a Comment