Tuesday, May 15, 2012

al-araby

jelajah makanan arab diteruskan pada hari kedua (hari pertama klik sini) iaitu di tescO seberang jaya yang mana ada satu restOran arab yang baru dibuka. al-araby terletak di dalam tescO seberang jaya yang terletak di kawasan perumahan seberang jaya. terletak disebelah restOran kfc disebelah kananya dan restOran malay-thai disebelah kirinya. dihadapan restOran al-arabi merupakan fOOd cOurt tescO.



restOran cantik dan suasana yang menarik dengan hiasan lampu ala arab yangn menarik dan pelayan yang baik dan serta ramah. dah dia dalam tescO memang la kena cantik dan menarik. sesuai untuk makan malam bersama keluarga dan teman wanita juga. juga sesuai untuk tempat perbincangan perniagaan dan bersantai bersama kawan kawan.







bila dah masuk tempat makan mula la nak meng Order...aku mula mengOrder mandy lamb haneeth, hadrami chicken mandy, shish tawooq, arayes dan chicken grill. untuk minuman arabic tea (pot), vintto dan semestinya barbican. kalau datang ke restOran arab tak minum barbican kira tak masuk restOran arab la. ayaq kOsOng seperti biasa sekurang kurangnya 2 gelas.








yang tiada dalam gambar hanya vinttO dan hadrani chicken mandy. disini makanan dia lagi Ok. mandy lamb haneeth memang sedap dan berkuah. chicken grill dia memang terasa grill dia, memang sedaplah. bagi yang teringin kebab arab shish tawooq boleh memenuhi permintaan perut anda. memang sedap. dan arabic tea dia terasa pudina yang lebih dan memang sedap. walau pun makan sampai terbungkang tetapi teh arab ni bagi kurang rasa kekenyangan dan sendat perut. yang paling tak tahan dia punya roti arab...lembut beb. memang boleh turun makan kat sini balik.

 

secara keseluruhannya, tempat memang best, layanan memang baik. pelayan kedai pun bagus sentiasa tersenyum. perempuan beb. mix arab. makanan sedap. cuma harganya sedikit mahal. kira malam tu aku rabak dalam RM130 ringgit. walaupun mahal tetapi makanan dia memang sedap. terbaik lah........

 

ayaq kOsOng kata; kena ulang balik ni..sedap OOOOOOO

 

rating; 4 1/2 bintang

1 comment:

  1. Aku rasa lebih bagus kalau tuan labelkan nama makanan untuk setiap photo

    ReplyDelete