Friday, April 20, 2012

de pauh cafe'

semalam my wife telah ke de pauh cafe' untuk take a way sate dan sup ayam. my wife tengah teringin nak makan sate. itu yang tengah melilau nak cari sate yang sedap. jadi dia telah beli 15 cucuk sate perut, 15 cucuk sate kambing dan 15 cucuk sate ayam. satu bungkus sup ayam untuk anak. setelah menikmati sate semalam, kesimpulannya it's a fail. terlebih ramuan perapan. sate kambing ada sikit bau dan sate perut tidak dicuci dengan bersih dan masih berbau. sate ayam Ok la. kuah dia berminyak dan terasa rempah. tidak seperti sate pak ngah mee udang sungai 2 yang mana kuahnya secukup rasa tidak berminyak dan tidak terlalu berlemak. di penang tiada sate kajang. kalau ada dah lama sampai dah. yang ada hanya menggunakan nama sate kajang itu sendiri untuk mencari pelanggan. harga sate pun mahal bagi sate kambing secucuk rm 1.20 dan sate perut secucuk rm 1.20 juga. sate ayam secucuk rm 0.50. bagi sup ayam ok la tak ada masalah rasa sup ayam la...


de pauh cafe' terletak di jalan permatang pauh, seberang perai tengah. berdekatan dengan pOliteknik permatang pauh. jika dari pekan permatang pauh, de pauh cafe' terletak di sebelah kanan selepas jambatan menyeberangi sungai prai. empere parking space. a nice view.



ayaq kOsOng kata; it's a fail......


2 comments: