Wednesday, June 12, 2013

air zam zam

Dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri.
(riwayat muslim, dalam di dalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771).


Dari hadis ini, Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk.




Tapi terdapat hadis lain yang bermaksud :
Dari Ibn Abbas r.a berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri.

(riwayat muslim, dalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776).


Imam Malik berpendapat laranagan minum berdiri dalam hadis pertama tadi telah dimansuhkan Oleh hadis yang kedua ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram.




Hadis dari anas ra merupakan hadis sunnah qauliyah (percakapan) dan hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah (perbuatan). Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah qauliyah. 


Hadis sunnah fi’liyyah akan berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.


ayaq kOsOng kata; kena faham betul betul...

No comments:

Post a Comment