salam sejahtera dan salam jumaat
setiap hari kita bersOlat, sama ada menjadi imam ketika bersOlat dirumah atau pun menjadi makmum ketika kita bersOlat di surau atau pun di masjid. tahu kah kita bahawa ada sesetengah dari kita melakukan kesalahan dalam sOlat secara tidak sengaja. kesalahan ketika kita dalam keadaan rukuk dan bangun semula untuk ik'tidal.
kali ini kita akan mengupas kesalahan dalam rukuk dan bangun semula untuk ik'tidal. Ok apabila kita bangun balik dari rukuk kita akan mengucap sami'Allahu liman hamidah dan seterusnya rabbana lakalhamdu. tahukah anda jika kita bersOlat bersendirian kita akan mengucap kedua duanya. tetapi jika kita beriman iaitu sOlay berjemaah kita kena juga mengucap kedua duanya sekali kecuali imam.
ini berdasarkan riwayat dari Rasulullah yang diriwayatkan Oleh bukhari yang mana telah menerangkan bahawa Rasulullah telah membaca sami' Allahu liman hamidah yang bermaksud "Allah mendengar orang yang memujiNya". dan seterusnya baginda membaca rabbana lakalhamdu yang bermaksud "wahai Rabb kami, segala puji adalah milik mu".
satu lagi hadis yang diriwayatkan Oleh bukhari menerangkan bahawa Rasulullah bersabda; sOlatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku menunaikan sOlat.
kedua dua hadis ini menerangkan dengan jelas bahawa bila imam membaca sami' Allahu liman hamidah maka makmum akan menjawab sami' Allahu liman hamidah, rabbana lakalhamdu.
jadi janganlah kita melakukan kesalahan ini lagi sesudah mengetahuinya. sesungguhnya hamba Allah yang baik jika mengetahui sesuatu yang tidak baik dia akan meninggalkanya dengan segera.
Sekian.
ayaq kOsOng kata; satu pelajaran baru. baca buku 400 kesalahan dalam sOlat.
No comments:
Post a Comment