Wednesday, June 13, 2012

macdOnald - chicken fOldOver

ahad lepas aku berpeluang ke macdOnald bandar sunway. restOran ini terletak bersebelahan dengan caltex seberang jaya. mempunyai kawasan drive thru. dibuka 24 jam. merupakan salah satu restOran macdOnald yang sentiasa dipenuhi pelanggan. ada kemudahan wifi percuma dan televisiOn. satu saja kurang tiada servis penghantaran (delivery). dan yang pastikan semasa demam bOla sepak eurO 2012, pastinya restOran ini dipenuhi pelanggan.




macdOnald bandar sunway


bila sampai di restOran aku terus memesan makanan yang limited iaitu chicken fOldOver dan hOrlick crunch mcflurry. chicken fOldOver diberi nama kerana daging ayam di masukkan kedalam rOti arab yang dilipat. secara keseluruhannya daging ayam memang lembut dan kita sedia maklum bahawa macdOnald memang terkenal dengan daging burgernya. dalam chicken fOldOver ini dimasukkan sayuran seperti salad dan tOmatO yang dihiris bulat. juga sOs bawang putih bersama lada hitam. dan yang pastinya sOs ini memang sedap. aku tengah mencari dan menguji bagaimana nak buat sOs ini. harga bagi set rm9.95 tidak termasuk servis tax. untuk harga ala carte rm8.60 tidak termasuk servis tax.



 chicken fOldOver set rm9.95

 chicken fOldOver set


 chicken fOldOver

untuk hOrlick crunch mcflurry pula, aku rasa mcflurry yang paling sedap pernah macdOnald keluarkan. rasa hOrlick yang sungguh terasa dan rasa nikmat bila menikmatinya ketika cuaca panas tidak mampu diucapkan dengan kata kata. yang membuatnya nikmat dan sedap adalah serbuk hOrlick yang dimasukkan ke dalam mcflurry ini. harganya rm4.50 tidak termasuk servis tax.


 hOrlick crunch mcflurry rm4.50


hOrlick crunch mcflurry rm4.50

secara keseluruhannya. chicken fOldOver dan hOrlick crunch mcflurry sedap di nikmati di restOran bukan untuk dibawa balik kerana bila take away dia punya kick dah hilang. tahniah diucapkan kepada macdOnald malaysia kerana berjaya membawa makanan yang mempunyai citarasa malaysia untuk di nikmati Oleh rakyat. cuma rasanya harga yang menjadi persOalannya, sama ada harganya sesuai atau tidak dan mampu di nikmati Oleh semua rakyat sama ada yang berpendapatan rendah atau pun tinggi. kOngsilah bersama aku. mana tau pendapat kOrang didengari Oleh macdOnald malaysia.

 

ayaq kOsOngn kata; aku suka chicken fOldOver ni...

No comments:

Post a Comment