ahad yang lalu aku bersama family terutama anak perempuan aku yang sulOng telah ke restOran kapitan cawangan bandar perda untuk makan malam. aku sampai selepas waktu magrib.
restOran kapitan ini merupakan cawangan ketiga yang terletak di bandar perda. di kawasan pusat niaga rOundevOur perda. terletak di bahagian hujung kanan kalau berhadapan dengan rOundevOur perda. terkenal dengan beriyani kambing dan ayam yang dimasak di dalam claypOt. juga terkenal dengan rOti nan yang paling lembut dalam malaysia.
bila dah duduk aku mula la mengOrder. aku Order nasi beriyani kambing dan ayaq kOsOng. nasi beriayani kambing dia memang best. kambing dia di grill dan terasa lembut yang mana tiada Over cOOk. nasi beriyani dia menggunakan beras panjang dan cukup campurannya dengan bunga cengkih dan terasa beriyani. dihidang sekali dengan raita iaitu sup sayur mamak yang sedap. tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. juga tidak ketinggalan kuah dalcha yang tidak terlalu pekat, dimasukkan sekali dengan terung bulat yang menambah selera untuk menikmatinya.
nasi beriyani kambing
anak anak aku Order rOti nan set yang mana restOran ini memang terkenal dengan rOti nan dia yang cukup lembut walau pun dah sejuk. ayam panggang stail mamak pakistan juga cukup lembut, tidak terlalu masak. di tambah dengan kuah pedas yang dicampur dengan pudina. memang sedap dan sesuai untuk semua peringkat umur.
rOti nan set
aku juga telah mengOrder satu set garlic nan bersama mOrOccO lamb. mOrOccO lamb adalah masakan ala mOrOccO yang disesuaikan dengan cara masakan pakistan - malaysia. daging kambing di grill di dalam tempayan dan di salut dengan rempah agar wangi dan enak. disediakan bersama hidangan nan yang boleh dipilih dari nan biasa hingga ke nan garlic. daging kambing terasa rempah tetapi tidak terlalu bOmbastik maksudnya tidak terlalu pedas. daging lembut menandakan masakan tidak Over cOOk. sesuai di makan Oleh segenap lapisan umur.
set garlic nan bersama mOrOccO lamb
No comments:
Post a Comment