Tuesday, July 31, 2012

6 way tO burn yOur belly fat fast


6 Ways to Burn Your Belly Fat Fast

One of the most common questions I get is how to lose belly fat. Belly fat is actually the most dangerous type of fat – besides aesthetics, large waist lines are indicators of –disease-disease-disease.
It takes more than just crunches! We start to gain weight in our midsection when our cortisol levels spike. Stress is one of the primary culprits for high levels of cortisol secretion. When this happens cortisol breaks downs lean muscle (the type of tissue that burns calories most efficiently) and also holds on to fat storage in the abdominal region. That stress can even get WORSE with bad dieting; studies show that the stress caused by dieting can increase cortisol levels, making no change in belly fat even with calorie restriction. So how do you shape up? Incorporate these 6 things below and you will be on your way to a flatter belly in no time flat!
1. Sleep
If you want to work late at night, think again. When your biorhythms are off, you end up eating more. When you’re tired you produce more ghrelin, which triggers cravings for sugar and other fat-building foods. Losing sleep can also alter your hormone production, affecting your cortisol levels that cause insulin sensitivity, prime reasons for belly fat! Getting about 7 hours of sleep a night is one of the best things you can do for your body shaping goals.
2. Short bursts of exercises
1000 crunches a night may get you strong abdominal muscles, but with a full layer of fat on top, you will not get the results you really want. Instead of all those crunches, do exercises that engage multiple muscle groups and work your cardiovascular system. Try planking, where you hold yourself in a push-up position, resting your forearms on the ground. Try 3 or 4 sets of holding for 30 seconds each. Getting up and moving throughout the day by going for walks will also help.
3. Sugar is your Enemy
Fighting belly fat is 80% healthy diet. Reduce calories by filling yourself up with protein, vegetables, whole grains, and replacing bad habit snacks with good ones. For example, if you have a sugar craving, replace your calorie laden latte with a Muscle Milk lite, one of my favorites, because it has zero sugar and a ton of protein that will satiate while also torching my sugar craving! Another great trick is a sprinkle of cinnamon in your morning coffee or oatmeal- the spice has been shown to help stabilize blood sugar. It also slows the rate at which food exits the stomach, which helps you feel fuller longer.
4. Vitamin C
When you’re under extreme stress, you secret more cortisol hormone. Vitamin C helps balance the cortisol spikes that happen to you under this stress. Besides being a good way to counteract a cold, Vitamin C is also essential for making carnitine, a compound used by the body to turn fat into fuel, making this vitamin your fat burning friend.
If you’re going through an emotional crisis, stress from work, or a bad eating splurge, increase your vitamin C – it’ll help counteract the negative side effects. Try bell peppers, kale or kiwi fruits. These have even more Vitamin C than the famous Orange!
5. Eat Fat
Yup, you heard me! It takes fat to burn fat. Like I said above, it’s sugar that gets you fat, not fat. Good fats include foods rich in Omega 3′s, like salmon, avocados & walnuts. These foods are full of nutrients that help keep you satiated throughout the day.
6. Slowing down your breath
This is a very simple method that you can use even when you’re in the midst of doing something else. Whenever you notice you’re feeling tense and uptight check and see how you’re breathing. Most people under stress either alternate holding their breath with short breaths, or take rapid shallow breaths. After you become aware of your own breathing, consciously relax your belly and slow down the breathing. This works best if you focus on slowing down the exhalation rather than your inhalation. With each exhalation you can say to yourself “slow down”. That is all there is to it- Simple but surprisingly effective!!!

By Jennifer Cohen


ayaq kOsOng kata; cari 6 pax ni.....

Monday, July 30, 2012

nasi kerabu teluk ayaq tawaq

hari ini genaplah 10 hari kita telah menjalani ibadat puasa. jadi masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Ok. semalam aku berbuka di rumah bersama family tetapi lauknya lauk tunjuk tunjuk....hehehehe... aku berbuka dengan nasi kerabu. nasi kerabu ni aku beli pasar ramadan teluk air tawar. pasar ramadan ini terletak berhadapan dengan sekOlah menengah teluk air tawar. pasar ramadan ni memang tOp dengan ikan bakar dan nasi campur, tapi yang paling tOp adalah nasi kerabunya. nasi kerabu ini kita bOleh pilih lauk. ada ayam, daging dan ikan. kira sempoy la...bahan utama macam kerOpOk dan cili sumbat mesti ada. aku tak bOleh nak gambarkan macam mana sedap dia...tapi kOrang tengOk gambar la...mesti meleleh nye.....





ayaq kOsOng kata; lepas pose pakcik ni jual nasi kerabu ni depan taman teluk mOlek berdepan sekolah budak nakal....


rating; berbintang bintang.......sedap siul...

Wednesday, July 25, 2012

ayam percik by mummy ciskek

masakan special mummy ciskek hari kedua adalah ayam percik. ayam percik mummy ciskek ni lain sikit dari yang dOk kita tengOk kat pasar malam. kuah dia di buat dari campuran santan dan sungguh lemak. kurang baik untuk kesihatan. tapi sedap. ayam dia dipanggang selama 45 minit dan dibiarkan dalam Oven sehingga nak di makan baru bawa keluar.





ayak kOsOng kata; sedap.......

menu hari ke 2 ramadan - amukan mummy ciskek

hari kedua aku masih berkesempatan untuk berbuka puasa bersama family aku. bukan apa macam tahun lepas hampir separuh bulan puasa aku sibuk. kalau aku tak sibuk anak aku, huda lak sibuk dengan kelas pasal nak periksa. tahun ni rasanya kurang sikit kOt. 

hari ke 2 ramadan, mummy ciskek masih mengamuk. kali ni dia masak tempe gOreng cili, pajri terung dan sayur baby kailan. dia juga buatkan acar buah untuk aku. dan acar buah ni disimpan selama aku berpuasa. mummy ciskek juga buat rOti jala bersama kuah kari kambing, kuah kari kambing tu ada sedikit lemak tu yang makin sedap.


tempe gOreng cili


pajri terung


sayur baby kailan


acar buah


rOti jala


kuah kari kambing

ayak kOsOng kata; mummy ciskek masak memang sedap....

pai by mummy ciskek

masakan special hari pertama puasa adalah pai macarOni bakar yang ditambah dengan cheese dan kepingan daging. diperlukan masa sehingga 2 jam untuk menyediakan masakan ini. terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama macarOni itu sendiri dan bahagian kedua pai itu sendiri. perlu di ingat macarOni perlu dimasak dahulu dan pastikan masak sepenuhnya. untuk bahagaian kedua semuanya dicampur sekali dan dimasukkan ke dalam bekas untuk dibakap. paling sedap dimakan dalam keadaan panas





ayak kOsOng kata; nak recepi pm aku...hehehehehe

dari dapur mummy ciskek

salam ramadan rasanya lama juga aku tak menulis kat blOg ini. sibuk bebenOr sampae tak ade masa..... Ok kali ini aku nak ceritakan juadah buka puasa kami bagi hari pertama. semua tahu yang hari pertama puasa satu malaysia cuti. jadi mummy ciskek telah mengamuk dan memasak pelbagai jenis juadah. mari kita mulakan juadah pertama di hari pertama puasa. 


paru masak halia digOreng.



masakan ini paling disukai Oleh anak aku yang pertama. kiranya satu bekas ni habis sekali hadap saja. caranya adalah paru dipOtOng nipis, halia dicincang dan di tumis sekali dengan paru. untuk lagi sedap bOleh ditambah dengan cabai kering yang digOreng asing. (untuk keterangan lebih lanjut sila pm aku).


kari kambing



ini merupakan masakan kegemaran aku. kari kambing terutama bahagian dada. yang ni kalau nak tau resepi dia kena pm aku.


sayur daun bawang



yang ni sayur. sayur ini adalah sayur daun bawang jenis besar yang ditumis dengan carrOt dan sedikit daging yang dipOtong halus. sedap. ini first time mummy ciskek masak sayur jenis ini. kalau nak tau resepi pm aku. aku pun kena tanya mummy ciskek pasal resepi ini.


kerabu tauge kerang



kerabu tauge ni aku beli kat pasal ramadan kat rumah aku. aku tengOk sampai meleleh air liur jadi tak bOleh jadi mesti kena beli. sedap terasa dia punya udang kering yang ditumbuk kasar. memang sedap berbuka kalau ada kerabu.


apa apa pun berbuka di rumah adalah lebih baik kerana bOleh mengeratkan hubungan keluarga juga jangan lupa untuk bersedekah kerana pada bulan baik ini adalah masa yang paling sesuai untuk bersedekah kerana pahala dia berlipat kali ganda.


ayaq kOsOng kata; setiap hari bersedekah....senyum...

Friday, July 20, 2012

ramadan kembali

salam sejahtera. kita berada di hari terakhir bulan syaaban. ramadan akan menyinar selepas asar ini dan segala syaitan dan iblis akan ditangkap menjelang asar ini. yang tinggal hanya nafsu. jadi jagalah nafsu kita semasa berada di bulan yang mulia ini.



selamat menyambut ramadan. dan sesungguhnya terdapat kelebihan di dalam ramadan itu sendiri, antaranya;


kelebihan bulan ramadan dan keagungannya dengan adanya malam lailatul qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi Orang yang berjaya mendapatkan malam lailatul qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.


daripada Anas (r.a), katanya: bersabda Nabi (s.a.w) : tiada daripada seOrang hamba apabila melihat ia sehari bulan ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.


juga;


Orang yang sembahyang bulan ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi Orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)


ayaq kOsOng kata; malam ni jangan lupa niat puasa.

makluman 

Lafaz niat untuk sebulan :

niat puasa sebulan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala


Lafaz niat untuk harian :

niat harian puasa ramadhan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Thursday, July 12, 2012

helicOpter cOllectiOn - big bOy toys

kali ni aku nak cerita pasal cOllection helicOpter yang aku simpan. aku ada lebih kurang 30 jenis mOdel heli yang aku simpan. kalau mai rumah aku mesti kOrang semua tak mau balik. gile sekejab tengOk mOdel yang aku pamerkan di sekeliling rumah aku. aku mula start kumpul mOdel heli ni masa aku mula mula sampai penang.....tahun 2004. jadi sampai sekarang hObi ni masih aku teruskan walaupun susah sangat sekarang kita nak cari mOdel heli ni. disini aku pamerkan mOdel mOdel yang aku sayang macam black hawk, apache dan ect...tengOk la dan jangan lupa kOmen.








yang paling aku sayang apache & black hawk;






ayaq kOsOng kata; bukan untuk dijual.....

festival - nOrthern music festival 2012

40 bands in 2 days. just been apprOve just now at 3.45pm. see u there. 



dekat aku ada 4 tiket sapa nak pm aku balik...hehehehehhe



ayaq kOsOng kata; aku pi nak tengok lOve me butch....

Monday, July 9, 2012

festival - festival nasyid pulau pinang 2012

festival nasyid kembali lagi. bermula pada 10 julai 2012 bersamaan dengan 20 syaaban 1433 hijrah. kali ini akan berlangsung di dewan budaya usm pulau pinang



datang la beramai ramai.


ayaq kOsOng kata; pi la memang best

rOti canai aziz - teluk air tawar

ada sekali tu aku hanya bersama wife aku sahaja. anak anak semua ikut Orang tua aku pergi ke kuala lumpur. jadi bila dah tinggal berdua ni, kira macam hOneymOOn la. jadi bila pagi mula la lapar. jadi my wife cadangkan rOti canai aziz sebagai destinasi untuk menjamu selera.


rOti canai aziz, terletak di sebelah kiri jalan teluk air tawar iaitu laluan utama jika kita dari butterwOrth, berdekatan dengan sekOlah menengah teluk air tawar. gerai aziz rOti canai ni gerai pacak saja. bukan restOran yang besar. kOrang bOleh perasan punya, pagi sabtu dan ahad mesti banyak kereta parking depan gerai dia.


rOti canai aziz


rOti canai aziz


gerai aziz ni jual perbagai rOti canai. macam macam ada. nak yang ada bawang, nak dOuble telur pun ada. nak kOsOng pun ada. kira macam macam jenis rOti canai dia jual. harga pun bOleh tahan. maksudnya mampu milik la...!!!


senarai harga gerai rOti canai aziz

bila sampai aku mula la mengOrder. aku Order rOti canai telur dOuble telur, wife aku rOti canai biasa. lupa nak kasi tau yang kalau kOrang pergi hari sabtu, ahad atau hari cuti kOrang kena layan diri beb sebabnya ramai Orang. hari selasa gerai ni tutup. nak rehat kata pak aziz.


layan diri 

bila dah layan diri ni kira lambat sikit la makanan sampai. tapi bila sampai terus tak bOleh tahan. kuah rOti yang dipilih adalah dari kuah ikan sardin, kuah kari dan kuah dalca. juga tidak lupa kuah sOtOng cumit (kecil).


 
rOti canai telur dOuble telur rm2.20


rOti canai rm0.70


kuah ikan sardin


kuah sotong cumit


secara keseluruhannya kira Ok la makan kat sini. gerai pacak biasa la keselesaan kureng sikit. tapi rOti dia memang class. jadi ramai ramai la datang ke gerai pak aziz ni untuk merasai pelbagai rOti canai yang ada.


tip nak tau rOti canai ni sedap ke atau tak, cara nya bila kita carik rOti tu dia rasa lembut dan mudah dicarik, rOti tu memang sedap. kalau susah nak carik dan rasa liat, rOti canai tu Out, kOrang makan tepung la jawabnya.


ni lagi satu tip kalau nak tau kuah tu sedap ke tak. kuah yang sedap adalah kuak semalam. bukan makan sejuk sejuk. tapi dipanaskan kembali. memang sedap.


ayaq kOsOng kata; aku dah ulang dua kali dah....


rating; 4 star

sOphie paris sign up

sign up with sOphie paris and enjOy 20% discOunt fOr the prOduct. please call Puan Nurizwah at https://www.facebook.com/pages/Sophie-Paris-in-Penang/210037829119143 and sign up as a member.







ayaq kOsOng kata; cari duit untuk cOlOradO....

Friday, July 6, 2012

juscO perai city

hari tu aku sama wife aku ke juscO perai city selepas hantar anak pi kelas tambahan. jadi sampai kat juscO perai city, aku pun terus ke fOOdcOurt dia. juscO perai city terletak di kawasan bandar perda bukit mertajam berdekatan dengan balai pOlis daerah seberang perai tengah, juga berdekatan dengan majlis perbandaran seberang perai (mpsp).


juscO perai city 

sampai kat fOOdcOurt juscO ni aku terus ke gerai nOmbOr 3 iaitu gerai hidangan tembikar panas dan mengOrder mee sizzling special dan wife aku ke gerai nOmbOr 5 iaitu gerai masakan mamak untuk mengOrder nasi lemak mamak. untuk minuman kita Orang minum ayaq kOsOng saja.



 gerai hidangan tembikar panas 


gerai masakan mamak

mee sizzling special ni harganya rm5.70 termasuk tax. nak kata sedap tu tak la sampai bOleh rate 5 bintang. kalau nak kira mee sizzling ni yang specialnya di ipOh parade tingkat 4 gerai fOOdcOurt nOmbOr 1. paling class punya sizzling. sizzling di juscO perai city ni ada kurang rasa sikit dia punya kuah. kuah dia ada kurang bawang putih dan kurang lada dan seterusnya kuranglah dia punya kick.


mee sizzling special ni harganya rm5.70

untuk nasi lemak mamak di gerai nOmbOr 5, nasi lemak dia macam biasa cuma sambal dia sedap. rasa mamak campur melayu. kenapa ada rasa macam tu sebab merah sambal macam sambal melayu dan rasa cilinya juga stail masakan melayu. cuma di tumis dengan cara mamak yang mana rasa mamak diperti ada rasa serbuk pedas dalam sambal. nasi lemak mamak ni harganya rm 5.20 termasuk tax.


nasi lemak mamak ni harganya rm 5.20

secara keseluruhannya gerai kat dalam shOpping mall memang bersih la. tak boleh lawan dengan gerai biasa. yang tak bestnya dah tak ada pekerja melayu ke? semua nepal, bangla dan indOn saja. mana habis Orang melayu ni. dah pupus kOt atau memilih kerja.

 

ayaq kOsOng kata; nak makan sizzling kat juscO perai city ni la yang paling dekat.

 

rating ; 4 star