Friday, July 6, 2012

juscO perai city

hari tu aku sama wife aku ke juscO perai city selepas hantar anak pi kelas tambahan. jadi sampai kat juscO perai city, aku pun terus ke fOOdcOurt dia. juscO perai city terletak di kawasan bandar perda bukit mertajam berdekatan dengan balai pOlis daerah seberang perai tengah, juga berdekatan dengan majlis perbandaran seberang perai (mpsp).


juscO perai city 

sampai kat fOOdcOurt juscO ni aku terus ke gerai nOmbOr 3 iaitu gerai hidangan tembikar panas dan mengOrder mee sizzling special dan wife aku ke gerai nOmbOr 5 iaitu gerai masakan mamak untuk mengOrder nasi lemak mamak. untuk minuman kita Orang minum ayaq kOsOng saja.



 gerai hidangan tembikar panas 


gerai masakan mamak

mee sizzling special ni harganya rm5.70 termasuk tax. nak kata sedap tu tak la sampai bOleh rate 5 bintang. kalau nak kira mee sizzling ni yang specialnya di ipOh parade tingkat 4 gerai fOOdcOurt nOmbOr 1. paling class punya sizzling. sizzling di juscO perai city ni ada kurang rasa sikit dia punya kuah. kuah dia ada kurang bawang putih dan kurang lada dan seterusnya kuranglah dia punya kick.


mee sizzling special ni harganya rm5.70

untuk nasi lemak mamak di gerai nOmbOr 5, nasi lemak dia macam biasa cuma sambal dia sedap. rasa mamak campur melayu. kenapa ada rasa macam tu sebab merah sambal macam sambal melayu dan rasa cilinya juga stail masakan melayu. cuma di tumis dengan cara mamak yang mana rasa mamak diperti ada rasa serbuk pedas dalam sambal. nasi lemak mamak ni harganya rm 5.20 termasuk tax.


nasi lemak mamak ni harganya rm 5.20

secara keseluruhannya gerai kat dalam shOpping mall memang bersih la. tak boleh lawan dengan gerai biasa. yang tak bestnya dah tak ada pekerja melayu ke? semua nepal, bangla dan indOn saja. mana habis Orang melayu ni. dah pupus kOt atau memilih kerja.

 

ayaq kOsOng kata; nak makan sizzling kat juscO perai city ni la yang paling dekat.

 

rating ; 4 star

No comments:

Post a Comment