Friday, July 20, 2012

ramadan kembali

salam sejahtera. kita berada di hari terakhir bulan syaaban. ramadan akan menyinar selepas asar ini dan segala syaitan dan iblis akan ditangkap menjelang asar ini. yang tinggal hanya nafsu. jadi jagalah nafsu kita semasa berada di bulan yang mulia ini.



selamat menyambut ramadan. dan sesungguhnya terdapat kelebihan di dalam ramadan itu sendiri, antaranya;


kelebihan bulan ramadan dan keagungannya dengan adanya malam lailatul qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi Orang yang berjaya mendapatkan malam lailatul qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.


daripada Anas (r.a), katanya: bersabda Nabi (s.a.w) : tiada daripada seOrang hamba apabila melihat ia sehari bulan ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.


juga;


Orang yang sembahyang bulan ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi Orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)


ayaq kOsOng kata; malam ni jangan lupa niat puasa.

makluman 

Lafaz niat untuk sebulan :

niat puasa sebulan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala


Lafaz niat untuk harian :

niat harian puasa ramadhan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

No comments:

Post a Comment