Thursday, May 31, 2012

nasi kandar tajuddin hussain

salam sejahtera. kembara nasi kandaq diteruskan [kembara 1 klik sini] pada 26 mei yang lalu aku bersama family telah ke queens rOad, pulau pinang. kenapa aku ke sana? nak shOOping kain? bukan aku bersama family nak pekena nasi kandaq tajuddin. pelat penang kOnOn.

 

nasi kandar tajuddin hussain di 49 queens rOad, pulau pinang. berdekatan dengan chulia street. belakang restOran nasi kandar kassim mustapha kalau kOrang dari chulia street la. hanya 1 kilOmeter dari pengkalan feri raja tun uda di pengkalan weld. di buka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. merupakan salah satu restOran nasi kandar yang terkenal yang terletak dikawasan litter india pulau pinang. mula berniaga sejak tahun 1977 hingga sekarang dan terkenal dengan gulai ayam piru dan gulai angsa



aku dan family sampai dalam jam 1 tengahari. bila sampai mula la aku mengOrder. nasi beriyani 3 pinggan lauk asing, nasi putih 5 pinggan lauk asing. untuk lauk aku Order gulai ayam piru, sayur bayam, ayam gOreng, gulai kambing dan cabai kering gOreng.















sampai lauk, terus anak anak aku dan adik adik aku serang. adik aku yang first time sampai penang kata gulai ayam piru tajuddin sedap. gulai ayam piru dimasak dengan cara gulai mamak yang mana banyak rempah dan tanpa santan supaya tahan lama. ayam piru dia dimasak selama 3 jam bersama gulai agar ayam piru jadi lembut. kata tukang masak restOran ni la. bagi yang tak pernah makan sayur bayam kalau datang ke restOran ni pasti dan mesti kena cuba sayur ni. sedap gile. aku tak pernah makan sayur bayam sesedap sayur bayan restOran ini kat tempat lain. wife aku pun tak masak macam diaOrang masak. untuk lauk lauk lain rasa sama seperti kedai nasi kandar lain. kOrang mesti tanya aku minum apa? minum ayaq kOsOng la.....



secara keseluruhannya restOran nasi kandar tajuddin hussain ni memang bersih dan teratur, cuma sempit sikit. Order pun cepat sampai. kalau kOrang nak ke sini, kOrang kena sampai awal, kalau lambat habis tempat duduk, kena tunggu turn. satu lagi ruang parking kat sini pun kurang. silap hari bulan kena parking jauh. jadi susun dan jadualkan lah perjalanan kOrang.




ayaq kOsOng kata; adik aku kata kalau mai penang kena mai kedai ni.....

 

rating; 4 star

Wednesday, May 30, 2012

festival - geOrge tOwn festival 2012 (siri 2)

minggu lepas telah aku updatekan geOrge tOwn festival 2012 [klik sini] yang mana akan berlangsung pada 15 jun 2012 hingga 15 julai 2012. pada siri ke 2 ini akan aku updatekan lagi acara yang akan berlangsung pada 1 julai 2012 dan seterusnya.


  1. pada 1 julai 2012 akan berlangsung di dewan sri pinang pulau pinang, islamic paadal qawalli yang mana akan berlangsung selama 1 setengah jam dan masuk adalah percuma.

  2. pada 2 julai 2012 philippine madrigal singers akan berlangsung di penang pac [klik sini]. merupakan persembahan chOir bertaraf antarabangsa dan masuk dikenakan bayaran. persembahan adalah selama 1 jam setengah.

  3. 4 julai 2012 berlangsung pertunjukan blinded mind di dewan sri pinang. pertunjukan tarian ini akan berlangsung selama 60 minit dan masuk adalah percuma.

  4. 5 julai 2012 di penang pac [klik sini] akan berlangsung pertunjukan "rasa sayang" yang mana merupakan pertunjukan tarian cOntempOrary yang akan memakan masa selama 2 jam dan dikenakan bayaran untuk masuk.

  5. pada 6 julai 2012 satu pertunjukan yang dianggap sebagai pertunjukan istimewa iaitu the manganiyar seductiOn yang mana persembahan ini mengambil masa selama 2 jam dan diarahkan oleh rOysten abel. berlangsung di dewan sri pinang.

  6. sbaek thOm di cheah kOngsi akan berlangsung pada 7 julai 2012. merupakan satu pertunjukan shadOw puppets dari kembOja. pertunjukan percuma.

  7. circle Of sOund akan perlangnsungn di penang pac pada 8 julai 2012 yang mana ini merupakan pertunjukan yang mengabungkan pertunjukan dari india dan erOpah.

  8. juga di penang pac, a midsummer night's dream akan berlangsung pada 11 julai 2012. merupakan salah satu persembahan dari karya shakespeare.

  9. 14 julai 2012 persembahan nOrthern music festival yang membabitkan 25 band lOcal yang mana akan membuat pertunjukan di penang bOtanic gardens.

  10. 15 julai 2012, penutup geOrge tOwn festival 2012. konsert trOpfest ft. nOrthern music festival. gabungan pemuzik tanak air dan australia di dalam persembahan penutup yang paling prestigiOus dan menarik. akan berlangsung dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam di penang bOtanic gardens.


cheah kOngsi


sepuluh persembahan yang akan diadakan dari 1 julai 2012 hingga 15 julai 2012. datang la beramai ramai memenuhi venue yang telah dinyatakan. aku akan sambung lagi di siri yang ke 3 sementara menunggu cOuntdown geOrge tOwn festival 2012. sebarang maklumat kOrang semua boleh lawati web ini http://georgetownfestival.com/

 

ayaq kOsOng kata; aku nak tengok the manganiyar seductiOn...diaOrang kata best

big bOys tOys - preview


ayaq kOsOng kata; may the fOrce be with u....

cOming sOOn


ayaq kOsOng kata; cOming sOOn

meja pengarang - sub tOpic

salam sejahtera....

 

aku akan membuka satu lagu sub tOpic iaitu big bOys tOy yang akan di uplOadkan pada hari sabtu ini. dan ini merupakan sub tOpic terakhir dan tiada penambahan lagi pada blOg aku.


tujuan sub tOpic ini adalah untuk mengetengahkan hObi orang dewasa yang sekarang ini banyak diperkatakan. dari RC (remOte cOntrOl) hingga ke e-cigarette yang mana menjadi budaya kebanyakan orang dewasa masa kini.

 

jadi kepada big bOys tOy fan tunggu la sub tOpik ini yang mana akan ke udara pada hari sabtu ini. macam iklan televisiOn saja...hehehehehhe

 

sekian

 

ayaq kOsOng kata; tungguuuuuuuuu....

Tuesday, May 29, 2012

nasi kandar dallcha al rahman

khamis lepas anak sulung aku balik dari mrsm. jadi malam tu aku bawa satu family pi makan sambil test fOOd. kami ke nasi kandar dallcha al rahman untuk memenuhi janji aku untuk review nasi kandar [klik sini]

 

nasi kandar dallcha al rahman terletak di jalan tenggiri, seberang jaya, pulau pinang. jika kOrang dari bulatan seberang jaya gerai dia terletak di sebelah kiri dan dari bulatan padang sOny gerai dia sebelah kira la....



bila sampai aku mula la mengOrder. malam tu aku makan nasi dalcha dengan kurma kambing dan anak aku seperti biasa ayam gOreng la. ayaq kosOng seperti biasa. nasi dalcha dia, bagi aku the best in tOwn seberang jaya la dan kurma kambing dia sedap. berasa kurma dan campuran bahan juga bagus dan terasa. kambing bukan kambing impOrt, kambing tempatan, tu yang makin sedap.




secara keseluruhannya gerai ini bersih dan teratur. yang penting pekerjanya menjaga kebersihan gerai. baru selesa nak memenuhi perut yang sedang kerOncOng. nasi kandar dallcha al rahman ni ada special lauk iaitu ayam gOrang bawang. jadi kalau singgah di gerai ini jangan lupa try lauk special ini. anak aku try dan isyaratnya very gOOd, sedap katanya.









selain itu terdapat juga pelbagai rOti iaitu rOti canai, rOti telur dan macam macam lagi jenis rOti. datang la beramai ramai untuk merasa nasi dalcha best in tOwn seberang jaya.

 

ayaq kOsOng kata; kurma daging sedap.....

 

rating; 4 star

Friday, May 25, 2012

al kuliah 3.0

salam jumaat;

 

mari kita bersama sama mengingati ketika wafatnya Baginda Rasulullah, kekasih Allah dan Orang yang paling kita kasihi di muka bumi ini.

 

pada suatu subuh ketika Rasulullah sedang gering. dari tingkap rumahnya disebelah masjid nabi, Baginda menyelak langsir biliknya dan sambil tersenyum memandang mereka yang sedang berada di saf untuk menunaikan sOlat subuh. bila terlihat Baginda Rasulullah, sahabat, Abu Bakar mengundurkan diri ke belakang untuk memberi laluan kepada Baginda kerana menyangka Baginda Rasulullah telah sihat. tetapi Baginda tetap menyuruh Abu Bakar meneruskan sOlat dengan menjadi imam dan Baginda mengikut dari belakang. seluruh penduduk Madinah berasa gembira kerana menyangka Rasulullah telah sihat.

 

tetapi sebenarnya penyakit Baginda semakin teruk dan itulah kali terakhir Baginda menunaikan sOlat bersama sama umat islam yang lain. Rasulullah kembali ke bilik Aisyah dan menyandarkan kepalanya ke dada Aisyah. tiba tiba pintu rumahnya diketuk, lalu Aisyah pergi membukanya lalu bertanya "apa hajat tuan kemari". tetamu itu menjawab "aku ingin bertemu Rasulullah". Aisyah menyatakan bahawa baginda tidak sihat dan minta datang dilain masa. sehingga 3 kali tetamu tadi mengetuk pintu dan memberi salam, semata mata ingin berjumpa Rasulullah.


Baginda terdengar lalu meminta Aisyah menjemput tetamu tadi masuk. Rasulullah bertanya kepada Aisyah sama ada Aisyah kenal tetamu tadi Aisyah menjawab yang dia tidak kenal. lalu Baginda menyatakan bahawa tetamu itu adalah seorang pemutus kesenangan dunia dan dialah pemisah Orang yang disayangi. dialah Izrail Malaikat Maut.

 


Baginda Rasulullah bertanya tujuan kedatangan Izrail. lalu Izrail menjawab;


"ya Rasulullah, Aku diperintahkan Oleh Allah untuk mencabut nyawamu tetapi sekiranya diizinkan Oleh kekasih Allah iaitu kamu Rasulullah. jika tidak Allah mengarahkan aku kembali".

 

Rasulullah bertanya;

 

"dimana sahabat ku Jibril".

 

Jawab Izrail;

 

"aku tinggalkan dilangit. kerana tidak sanggup untuk melihatmu menghadapi sakratul maut".

 

sejurus daripada itu Jibrail pun turun dan berada disisi Rasulullah.

 

"kenapa kamu lambat wahai kekasihku Jibrail untuk menziarahiku?" tanya Rasulullah.

 

Jibrail menangis semahu mahunya.

 

dipendekkan cerita Izrail pun menjalankan tugasnya. diketika rOh Rasullah ditarik, baginda bertanya kepada Jibrail. 

 

 "ya Jibrail berikanlah berita gembira kepada ku".

 

Jibrail menjawab "tidak akan masuk syurga umat-umat lain sehingga keseluruh umat mu dahulu memasukinya". dengan itu dengan tenang Rasulullah pergi menemui Allah pada umur 63 tahun.

 

pengajaran yang boleh diambil dari sini, setiap hari kita berdOa, ampunkan dOsa ku, ampunkanlah dOsa isteri/suami ku, ampunkanlah dOsa anak anak ku dan ampunkanlah dOsa ibu bapa ku. sekali pun tidak pernah kita memOhOn ampun akan dOsa kaum muslimin dan muslimat yang lain, sedangkan nabi kita selalu mendahulukan umatnya lebih dari keluarga dan dirinya sendiri. kita kata kita ikut sunnah nabi. tapi kita tak pernah buat, kita hanya mementingkan diri sendiri. mulai hari ini sama sama lah kita berdOa untuk orang lain juga kerana rahmat tuhan juga turun untuk Orang lain.

 

sekian.

 

ayaq kOsOng kata; beli buku biOgrafi agung Rasulullah....

Thursday, May 24, 2012

damiral's grill restaurant & cOffees

semalam bersamaan dengan 23 mei 2012. banyak perkara yang mengguris perasaan ini. emO lak aku ni. hari ni aku bersama wife dan 2 orang anak aku telah ke damiral's grill restaurant & cOffees. ini adalah pertama kali aku ke restOran ini. terletak di 16 lOrOng perda utama 1, bandar perda, bukit mertajam bersebelahan dengan herbanica health & beauty matters.




melangkah masuk ke dalam restOran aku terus terpegun kerana hiasan dalam yang sungguh cantik dan cOzy, walaupun berselerak sedikit kerana terlalu rambu ramba. restOran ini merupakan restOran yang diklasifikasikan sebagai restOran gred 'A' oleh pihak majlis perbandaran seberang perai. untuk makluman restOran gred 'A' ini adalah restOran yang menjaga kebersihan makanan dan kebersihan tempat memasak serta kawasan sekeliling premis.





tempat di pilih. sambil didendangkan muzik dari cd yang dipasang, aku bersama wife aku dan anak anak mula la mengOrder. untuk minuman kami telah Order chOcOlate milkshake, peppermint milkshake, Orange jus dan hOt chOcOlate. ayaq kOsOng tetap merupakan minuman wajib yang mesti di Order. untuk makluman ayaq kOsOng ni digunakan bila testing fOOd dibuat. ini bertujuan untuk menghilangkan rasa makanan supaya perbandingan dapat dibuat.






untuk minuman aku rekemen pada kOrang untuk mengOrder peppermint milkshake. rasanya sedap dan terasa peppermint dia, dan bila minum terasa puas. bagi yang teringin yang panas aku rekemenkan untuk korang hOt chOcOlate. memang best dengan dressing atas hOt chOcOlate membuat anda teruja untuk minum. terasa chOcOlate dia dan balance antara chOcOlate dan susu. dan yang paling best dia guna susu kotak fresh milk. selepas Order minuman mesti Order makanan. kami sekeluarga telah mengOrder pelbagai jenis makanan agar test fOOd dapat dibuat. kami Order t bOne steak with black paper sauce well dOne, lamb shank mashOre served with lemOn pilaf (rice) & mashOre gravy, salmOn OreganatO with rOsemary pOtatOes & Oregano Orange with butter sauce, jamaican spicy chicken with fried rice & sauted vege dan yang terakhir chicken cOrdOn blue with turkey ham, shitake mushrOOm n mOzzarella cheese. ini semua adalah makanan yang di rekemen Oleh pelayan di restOran ini.



jamaican spicy chicken with fried rice & sauted vege. ayam dia memang best sO tender dan bagi kanak kanak memang dia Orang suka. disediakan sekali dengan nasi goreng. nasi goreng dia digoreng dengan butter. sauted vege dia pun best.



bagi penggemar daging kambing. anda patut mencuba lamb shank mashOre served with lemOn pilaf (rice) & mashOre gravy. daging kambing dia memang lembut terasa mashOre dalam mulut. nasi dia dimasak dengan lemOn pilaf dan butter. memang terasa lemOn dia. tapi yang paling menawan adalah cara presentation dia, memang membuka selera.



bagi penggemar ikan, bolehlah mencuba salmOn OreganatO with rOsemary pOtatOes & OreganO Orange with butter sauce. ikan dia memang sedap terasa OreganO. yang paling best sebab masak dengan butter. yang penting tiada tulang ketika menjamah hidangan ini.



t bOne steak with black paper sauce well dOne. anak aku yang memesan hidangan ini. dia kata dia nak bandingkan dengan tempat lain. dia kata sauce dia masin sikit tapi daging dia sedap dan lembut. dan bila dipOtOng daging dia memang well dOne dengan warna perang cOklat. yang paling sedap dia punya salad, terasa cuka dan minyak zaitun, macam makan kat steak hOuse Oversea.



last sekali kami memesan chicken cOrdOn blue. rekemen Oleh pelayan kat restOran ini. bila rasa memang terasa semua gabungan yang dimasukkan sekali iaitu turkey ham, shitake mushrOOm dan mOzzarella cheese. tengOk saja rasa macam nak terkam.

keseluruhannya aku rekemenkan restOran ini untuk kOrang semua. memang berbaloi makan disini. semua gabungan hidangan yang aku Order ada speciality dia. pelayan pun bagus, sabar dengan karenah wife dan anak anak aku. restOran ni dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam. yang paling penting memang layak lah mOttO restOran ini "lOve at first bite".

ayaq kOsOng kata; sedap dan memang best....

rating; 5 bintang

1 bulan

salam tengah malam...hehehehe

 

sudah sebulan umur blOg aku ni. dah ada 25 pOst yang telah aku up kan. masih banyak dalam simpanan aku untuk aku pOst kan. aku dah ada 3 sub kategOri yang mana terdiri dari fOOd testing, festival dan undangan khas ustaz dOn .my untuk sub al kuliah. aku mungkin akan menambah satu lagi sub kategOri iaitu big bOy tOys.

 

alhamdulillah. kepada yang baru terjah tinggallah kOmen supaya dapat aku tingkatkan lagi persembahan aku. jangan lupa untuk jOint the site. aku janji aku akan jOint site kOrang juga. hehehehe

 

akhir kata selamat mengsurfing blOg blOg yang ada di alam maya ini. suppOrt la member member lain.


sekian.


ayaq kOsOng kata; dah sebulan dah...hehehehehe

Wednesday, May 23, 2012

festival - geOrge tOwn festival 2012

geOrge tOwn festival 2012 kembali lagi. kali ini festival ini akan bermula pada 15 jun 2012 hingga 15 julai 2012. pelbagai acara telah disediakan melibatkan penyertaan dari negara USA, england, india, singapOre, australia dan philipine. acara kali ini terdiri daripada pertunjukan pentas, kOnsert, pameran dan persembahan teater yang merangkumi pelbagai etnik dan kaum yang dipersembahkan dengan cara citarasa masyarakat pulau pinang.



untuk makluman, aku pun tak pernah jOint festival ni. festival ni adalah yang kali ketiga. yang mana telah diadakan kali pertama pada tahun 2010 setelah pulau pinang mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai sebuah wOrld heritage site di negara kita selain melaka. disini aku akan senaraikan aktiviti dan pertunjukan 10 hari pertama. selebihnya akan di pOst Out minggu depan sebagai cOuntdown sehingga hari festival.....

 

  1. 15 jun - pembukaan geOrge TOwn festival 2012. pertunjukan silat dan persembahan wayang kulit yang akan diadakan di fOrt cOrnwalis berdekatan padang kOta lama. pertunjukan ini adalah percuma dan berlangsung selama 2 hari iaitu 15 jun 2012 hingga 16 jun 2012.

  2. 16 jun - pertunjukan teater yes brOadway penang di penang pac di seri tanjOng pinang jalan tanjOng tOkOng. diperlukan bayaran masuk dan pertunjukan selama 2 jam.

  3. 17 Jun - persembahan rumah teh bunga di rumah teh bunga yang mana persembahan kebudayaan melayu dan juga penjualan pelbagai seni kraftangan melayu.

  4. 18 jun - persembahan pentas di bellevue hOtel di bukit bendara pulau pinang. persembahan ini dikenakan bayaran dan mengambil masa 2 1/2 jam dan diadakan pada pukul 9 malam dari 18 jun 2012 hingga 22 jun 2012.

  5. 23 jun - hand made market. diadakan di yap temple armanian street yang mana pelbagai seni kraftangan di pertOntOnkan kepada semua Oleh artis tanah air dan luar negara.

  6. 23 jun - tikam tikam. satu pertunjukan teater berdasarkan kepada naratif oleh leOw puay tin pada tahun 2005. pertunjukan selama 1 1/2 jam. percuma.

  7. 24 jun - pertunjukan prO musica mini cOncert di mppp tOwn hall. pertunjukan selama 1 jam dan percuma.

  8. 27 jun - prO musica gala kOnsert. pertunjukan ini diadakan di dewan sri pinang dan dikenakan tiket masuk. pertunjukan selama 2 jam ini dikendalikan oleh lOh siew tuan.

  9. 29 jun - Operafest children's cOir Of malaysia. juga dikenali sebagai sacred grOup. dikenalikan Oleh kam sun-yOke. pertunjukan di adakan di st geOrge church. pada masa yang sama german master classic juga diadakan di dewan sri pinang. masuk percuma.

  10. 30 jun - pertunjukan mak yOng bersama rebab di rumah teh bunga. masuk adalah percuma

 

layari web ini http://georgetownfestival.com/


penang art centre (PAC)



rumah teh bunga


ayaq kOsOng kata; kali ni kena jOint. kelulusan dah bagi...hehehehehe



Tuesday, May 22, 2012

d' hOuse cafe'

d' hOuse cafe terletak di 74 jalan tenggiri seberang jaya, butterwOrth. sebuah rumah yang telah diubah suai menjadi cafe'. terletak di laluan utama iaitu jalan seberang jaya berdekatan dengan essO seberang jaya. kalau malam lagi senang nampak kerana dihiasi dengan lampu lip lap yang warni warni.









kami sekeluarga sampai d' hOuse cafe' ni pada 20 mei yang lalu. bila sampai tak ada Orang. wife i kata mesti tak sedap tak ada Orang.

i kata sabar sat. kita Order dulu kalau tak sedap tak pa janji kenyang. kami mula la Order. untuk minuman kami Order nescafe ais, Oren jus, apple jus dan ayaq kOsOng, air suam dan teh O ais limau. untuk makan kami Order ikan siakap stim limau, daging merah dan kangkung belacan.







secara keseluruhan memang sedap. betul kata pepatah dOn't jugde the bOOk by it's cOver. daging merah sunguh sedap dan terasa daging ia tak disalai (kira salai la). dah tu pedas lak, bertambah sedap jadinya. kangkung belacan dia terasa pedas dan terasa belacan dia. baru best rasa seperti wife aku masak....hehehehe. ikan siakap dia pun sedap. kuah limau stim dia memang terasa. anak aku yang nombor dua sampai hirup kuah dia. sedap sangat dia kata. tak mahal kira boleh tahan la. aku rabak dalam rm60.00 ringgit sahaja.



ayaq kOsOng kata; boleh ulang ni. ajak kengkawan datang....



rating; 4 bintang....sedap bagi 4 bintang kenapa ye?...layanan tak berapa best...tanya 1 jawab 1.


Monday, May 21, 2012

nan kitchen

nan kitchen - frOm peOple whO knOw's abOut gOOd fOOd since 1995.

 

nan kitchen terletak di kiOs bertam, kepala batas. terkenal kerana ia merupakan cawangan kedua. cawangan pertama di tanjOng bungah. terkenal sebagai satu restOran makanan barat (westen fOOd). di buka mulai jam 5 petang hingga 2 pagi setiap hari. menyediakan pelbagai westen fOOd dari jenis kambing hinggakan ke ikan. dari jenis sup cendawan sehingga pelbagai jenis flOt drink.




pada 18 mei lalu aku bersama family telah ke nan kitchen di cawangan bertam, kepala batas. kami tiba jam 8.15 malam. dan mula meng Order. untuk minuman kami telah meng Order rut beer flOt, coke flOt, fresh Oren dan air laici ais. tidak lupa ayaq kOsOng. untuk makan kami Order t bOne steak with muchrOOm. fish & chip. lamb chOp with lOin black paper sOuce, rib aye steak with sOuteed Onion sOuce, OblOng burger dan lasagna beef.











secara keseluruhan just Ok la. tak ada sebagus atau sesedap mana. daging dia liat sikit dan untuk t bOne steak with muchrOOm aku minta medium cOOk, just nak tengok macam mana dia punya medium. but still nOt Ok. tetapi dia punya rib aye memang best. dan kalau kOrang ke nan kitchen, aku cadangkan kOrang makan rib aye dia. memang best walaupun sOuteed OniOn dia masin sikit. tapi kira Ok dan sedap la. lasagna dia Over cOOk, terlalu lama dalam Oven. yang lain macam biasa, tak ada yang special.

 

mungkin ramai tanya suka-suka hati hang nak kOmen Orang punya masakan. untuk pengetahuan semua aku dan wife aku dah rasa the best steak in malaysia. yang mana harga murah dan sedap terutama signiture dish dia cattle bOne steak. this steak hOuse kat ipOh. dah lama tak sampai. kalau pi sana aku mesti pi fOOd test dan review punya. jangan risau.

 

jadi kepada semua yang nak rasa westen fOOd kat nan kitchen ni, jangan lupa singgah lah di bertam, kepala batas bagi yang di seberang dan tanjOng bungah di sebelah pulau.

 

ayaq kOsOng kata; teringat kat cattle bOne steak....

 

rating; 3 1/2 bintang

 

signiture dish; rib aye with sOuteed OniOn sOuce