Friday, May 25, 2012

al kuliah 3.0

salam jumaat;

 

mari kita bersama sama mengingati ketika wafatnya Baginda Rasulullah, kekasih Allah dan Orang yang paling kita kasihi di muka bumi ini.

 

pada suatu subuh ketika Rasulullah sedang gering. dari tingkap rumahnya disebelah masjid nabi, Baginda menyelak langsir biliknya dan sambil tersenyum memandang mereka yang sedang berada di saf untuk menunaikan sOlat subuh. bila terlihat Baginda Rasulullah, sahabat, Abu Bakar mengundurkan diri ke belakang untuk memberi laluan kepada Baginda kerana menyangka Baginda Rasulullah telah sihat. tetapi Baginda tetap menyuruh Abu Bakar meneruskan sOlat dengan menjadi imam dan Baginda mengikut dari belakang. seluruh penduduk Madinah berasa gembira kerana menyangka Rasulullah telah sihat.

 

tetapi sebenarnya penyakit Baginda semakin teruk dan itulah kali terakhir Baginda menunaikan sOlat bersama sama umat islam yang lain. Rasulullah kembali ke bilik Aisyah dan menyandarkan kepalanya ke dada Aisyah. tiba tiba pintu rumahnya diketuk, lalu Aisyah pergi membukanya lalu bertanya "apa hajat tuan kemari". tetamu itu menjawab "aku ingin bertemu Rasulullah". Aisyah menyatakan bahawa baginda tidak sihat dan minta datang dilain masa. sehingga 3 kali tetamu tadi mengetuk pintu dan memberi salam, semata mata ingin berjumpa Rasulullah.


Baginda terdengar lalu meminta Aisyah menjemput tetamu tadi masuk. Rasulullah bertanya kepada Aisyah sama ada Aisyah kenal tetamu tadi Aisyah menjawab yang dia tidak kenal. lalu Baginda menyatakan bahawa tetamu itu adalah seorang pemutus kesenangan dunia dan dialah pemisah Orang yang disayangi. dialah Izrail Malaikat Maut.

 


Baginda Rasulullah bertanya tujuan kedatangan Izrail. lalu Izrail menjawab;


"ya Rasulullah, Aku diperintahkan Oleh Allah untuk mencabut nyawamu tetapi sekiranya diizinkan Oleh kekasih Allah iaitu kamu Rasulullah. jika tidak Allah mengarahkan aku kembali".

 

Rasulullah bertanya;

 

"dimana sahabat ku Jibril".

 

Jawab Izrail;

 

"aku tinggalkan dilangit. kerana tidak sanggup untuk melihatmu menghadapi sakratul maut".

 

sejurus daripada itu Jibrail pun turun dan berada disisi Rasulullah.

 

"kenapa kamu lambat wahai kekasihku Jibrail untuk menziarahiku?" tanya Rasulullah.

 

Jibrail menangis semahu mahunya.

 

dipendekkan cerita Izrail pun menjalankan tugasnya. diketika rOh Rasullah ditarik, baginda bertanya kepada Jibrail. 

 

 "ya Jibrail berikanlah berita gembira kepada ku".

 

Jibrail menjawab "tidak akan masuk syurga umat-umat lain sehingga keseluruh umat mu dahulu memasukinya". dengan itu dengan tenang Rasulullah pergi menemui Allah pada umur 63 tahun.

 

pengajaran yang boleh diambil dari sini, setiap hari kita berdOa, ampunkan dOsa ku, ampunkanlah dOsa isteri/suami ku, ampunkanlah dOsa anak anak ku dan ampunkanlah dOsa ibu bapa ku. sekali pun tidak pernah kita memOhOn ampun akan dOsa kaum muslimin dan muslimat yang lain, sedangkan nabi kita selalu mendahulukan umatnya lebih dari keluarga dan dirinya sendiri. kita kata kita ikut sunnah nabi. tapi kita tak pernah buat, kita hanya mementingkan diri sendiri. mulai hari ini sama sama lah kita berdOa untuk orang lain juga kerana rahmat tuhan juga turun untuk Orang lain.

 

sekian.

 

ayaq kOsOng kata; beli buku biOgrafi agung Rasulullah....

No comments:

Post a Comment