al kuliah 2.0
salam sejahtera & salam jumaat
sudah berapa lama kita menikmati penghidupan ini? sudah berapa lama kita masih mampu untuk menghirup udara segar? tetapi berapa lamakah kita telah beribadat? berapa banyakah ibadat wajib yang telah kita lakukan? tahukah ibadat wajib iaitu sembahyang yang kita tunaikan hanya di peruntukan selama 90 minit sehari semalam (mengikut kajian) yang merangkumi dari sOlat subuh hingga ke sOlat Isyak.
lagi 1350 minit yang masih berbaki, apa yang kita buat. umtuk rekOd kita ada 1440 minit sehari yang merangkumi 24 jam. kita kata kita sibuk..sibuk kerja, sibuk memandu, sibuk menulis dan macam macam lagi sibuk. tapi kita masih bOleh mengingati Allah. rasanya tiada masalah kalau kita berwirid sambil memandu. apalah salahnya jika kita mengingati Dia? dah la sembahyang tak pernah cukup, kalau cukup pun tak pernah kusyuk seratus peratus.
tak bOlehkah kita bangun sekejab di tengah malam untuk sujud kepadaNya? kita rasa sedap diselimuti selimut dan didakapi suami/isteri kita. tahukah kita antara masa dOa dimaqbul atau mustajab adalah sepertiga malam. tak teringinkah kita pada sesuatu seperti rezeki atau kesenangan hidup?
ingatlah yang sesungguhnya Allah tak pernah lupa pada kita, sentiasa memberi udara kepada kita untuk bernafas, sentiasa memberi tenaga untuk kita bergerak dan yang paling penting sentiasa menurunkan rezeki kepada kita tanpa mengira agama yang dianuti. sesungguhnya Allah sayang pada kita. tetapi....
kita hanya ingat Dia masa kita sakit, hanya ingat Dia masa kita kena ribut. ingat Dia masa melawat Orang sakit. pada masa lain kita lupa padaNya.
jadi penuhilah masa kita untuk mengingatiNya kerana Dia tidak pernah lupa pada kita walaupun sesaat.
sekian. jumpa lagi minggu hadapan.
ayaq kOsOng kata; menangis beb
terima kasih atas ingatan.. done follow - Noob
ReplyDelete