Wednesday, May 23, 2012

festival - geOrge tOwn festival 2012

geOrge tOwn festival 2012 kembali lagi. kali ini festival ini akan bermula pada 15 jun 2012 hingga 15 julai 2012. pelbagai acara telah disediakan melibatkan penyertaan dari negara USA, england, india, singapOre, australia dan philipine. acara kali ini terdiri daripada pertunjukan pentas, kOnsert, pameran dan persembahan teater yang merangkumi pelbagai etnik dan kaum yang dipersembahkan dengan cara citarasa masyarakat pulau pinang.



untuk makluman, aku pun tak pernah jOint festival ni. festival ni adalah yang kali ketiga. yang mana telah diadakan kali pertama pada tahun 2010 setelah pulau pinang mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai sebuah wOrld heritage site di negara kita selain melaka. disini aku akan senaraikan aktiviti dan pertunjukan 10 hari pertama. selebihnya akan di pOst Out minggu depan sebagai cOuntdown sehingga hari festival.....

 

  1. 15 jun - pembukaan geOrge TOwn festival 2012. pertunjukan silat dan persembahan wayang kulit yang akan diadakan di fOrt cOrnwalis berdekatan padang kOta lama. pertunjukan ini adalah percuma dan berlangsung selama 2 hari iaitu 15 jun 2012 hingga 16 jun 2012.

  2. 16 jun - pertunjukan teater yes brOadway penang di penang pac di seri tanjOng pinang jalan tanjOng tOkOng. diperlukan bayaran masuk dan pertunjukan selama 2 jam.

  3. 17 Jun - persembahan rumah teh bunga di rumah teh bunga yang mana persembahan kebudayaan melayu dan juga penjualan pelbagai seni kraftangan melayu.

  4. 18 jun - persembahan pentas di bellevue hOtel di bukit bendara pulau pinang. persembahan ini dikenakan bayaran dan mengambil masa 2 1/2 jam dan diadakan pada pukul 9 malam dari 18 jun 2012 hingga 22 jun 2012.

  5. 23 jun - hand made market. diadakan di yap temple armanian street yang mana pelbagai seni kraftangan di pertOntOnkan kepada semua Oleh artis tanah air dan luar negara.

  6. 23 jun - tikam tikam. satu pertunjukan teater berdasarkan kepada naratif oleh leOw puay tin pada tahun 2005. pertunjukan selama 1 1/2 jam. percuma.

  7. 24 jun - pertunjukan prO musica mini cOncert di mppp tOwn hall. pertunjukan selama 1 jam dan percuma.

  8. 27 jun - prO musica gala kOnsert. pertunjukan ini diadakan di dewan sri pinang dan dikenakan tiket masuk. pertunjukan selama 2 jam ini dikendalikan oleh lOh siew tuan.

  9. 29 jun - Operafest children's cOir Of malaysia. juga dikenali sebagai sacred grOup. dikenalikan Oleh kam sun-yOke. pertunjukan di adakan di st geOrge church. pada masa yang sama german master classic juga diadakan di dewan sri pinang. masuk percuma.

  10. 30 jun - pertunjukan mak yOng bersama rebab di rumah teh bunga. masuk adalah percuma

 

layari web ini http://georgetownfestival.com/


penang art centre (PAC)



rumah teh bunga


ayaq kOsOng kata; kali ni kena jOint. kelulusan dah bagi...hehehehehe



No comments:

Post a Comment