p044 - selepas 3 hari
setelah 3 hari berlalu dari hari penamaan calOn, segala teka teki telah terjawab. bukan 2 calOn saja bertanding tetapi 4 calOn. barisan nasiOnal mengetengahkan calOn En Suhaimi Bin Sabudin, parti keadilan rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail, calOn dari parti rakyat malaysia En Azman Bin Shah dan calOn bebas En Salleh Bin Isahak yang akan memakai logo kunci.
3 hari berlalu...kehangatan masih belum terasa...selepas Datuk Seri Dr Zahid Hamidi kembali ke Putrajaya semalam pada jam 2 petang, kawasan p044 masih terkawal. trafik masih Ok. tahniah PDRM. dijangka kehangatan akan meningkat menjelang jumaat ini yang mana kita akan cuti mulai 1 Mei hingga 4 Mei...jadi permatang pauh akan jem...
antara isu yang akan kita dengar dalam 12 hari tempOh berkempen ini pastinya isu GST, isu harga barang, isu salah laku pemimpin lalu...dan isu calOn recycle akan berlegar di permatang pauh. sudah pastinya semua pihak akan cuma mengata dan menegakkan benang basah bila berbahas dipentas....dan yang paling untung wujudnya kedai atau warong 12 hari di kawasan permatang pauh ini. inilah masanya penduduk permatang pauh cuba mencari lebihan rejeki sempena PRK ini.
kepada penyOkOng dan jentera parti calOn masing masing..pada pada lah ketika berkempen jangan sebab parti kita berputus saudara seIslam. dan kepada pengundi kawasan p044 pilihlah calOn yang mampu menjadikan kawasan tuan puan sebagai satu kawasan hab perniagaan di kawasan seberang perai...jangan masih di takuk lama lagi.
kepada pemuda pemuda jentera pilihan raya...jangan buat kacau...hangpa diperhatikan...
ayaqkOsOng kata; hab perniagaan sebelah tanah besar..menarik tu...
No comments:
Post a Comment